setelah aku bace kisah adik Alanna Qish, rindu pada abangku yang berada 'disana' membuak-buak. rindu pada abang yang tak pernah aku tatap wajahnya, rindu pada abang yang tak pernah aku kenal. melalui makcik-makcikku, ku dengar kisah mengenai abang, kata makcik wajah abang hensem, putih bersih, sempurnalah kata orang, kata umi abang hanya di dunia ini dalam jangka masa sebulan, andai abang ada umur abang sekarang 24 tahun, hanya setahun tua dari aku. walaupun aku tak pernah jumpa abang, aku sayang abang sangat. selalu aku terfikir kalau abang ada macam mana hidup aku ye. mesti tak sama seperti sekarang. aku selalu terbayang-bayang jika abang ada, abang pasti aku melindungi dan menjaga aku. tapi aku tahu semua itu hanya mimpi dan anganan aku sahaja. sampai bila-bila pun abang tetap tak kan kembali. abang sudah tenang 'disana' di ALLAH. abang sudah bergelar bidadara syurga. abang sedang menanti umi dan abah di pintu syurga. orang kata pabila terdengar takbir raya, abang akan pulang menziarahi keluarganya. wallahualam. ALLAH saja yang tahu. tiap kali aku ziarahi pusara abang, airmata ini bergenang tapi ku tahan, kusembunyikan dari pandangan mata umi, abah dan adik-adik. aku hanya mampu menahan sebak di dada. lebih pedih lagi melihat genangan airmata umi yang merindui anak sulungnya yang telah pergi. pasti umi tidak puas memeluk dan mendukung abang. begitu juga abah. tapi mereka redha dengan pemergian abang kerana itu yang telah tertulis di Loh Mahfuz. abang hanya pinjaman untuk seketika.
abang, kini tugas abang Azie yang ambil alih. Azie janji pada abang dan diri sendiri, Azie akan jaga umi, abah dan adik-adik selagi nyawa ini ada. Azie mahu jumpa abang biarpun hanya dalam mimpi. kerna Azie tahu di alam nyata ini Azie tak kan pernah dapat jumpa abang. tapi mampukah mimpi itu hadir untuk Azie? Ya ALLAH temukan lah aku dengan abangku walau hanya dalam mimpi, kerna aku tahu aku tak kan pernah bisa menatap wajahnya secara nyata. aku hany ingin menatap wajahnya sahaja, cukuplah walaupun hanya sekali sahaja. aku mohon kepada-Mu Ya ALLAH. Abang, tenanglah abang 'disana'. hanya doa yang mampu Azie titipkan buat abang disana.

saya sayang abang saya,
MUHAMMAD SHAIRAZI BIN MUHAMAD
saya rindu dia sangat-sangat.
Al-fatihah buat abang