Dia, disana. Jauh.
Aku, berdiri disini. Jauh dari dia.
Lebih sedekad aku mengenalinya.
Aku tak tak pernah lupa akan dia.
Saat pertama kali memandang wajahnya
Aku terpana.
Kini,
sememangnya kenangan itu sentiasa disisi
Sentiasa di layar mata dan hati
Aku tak pernah lupa
Bagaimana rasa bahagia mengenali dia
Hari ini,
aku akan bergerak ke hadapan
Kenangan itu? tak mungkin aku lupa
Cuma...
Harapanku ternoktah disini.
Benar, pengakuannya menghiris hati,
Jiwa terasa dicarik-carik
Namun aku pasrah
Sudah aku ingatkan hati ini
Jangan terlalu berharap pada yang jauh
apatah lagi sudah berbelas tahun tak ketemu
Tapi hati ini degil
Nah, sakitnya tanggung sendiri
Aku pasrah, aku redha
Sudah ketentuan Ilahi
Mungkin aku bukan Hawamu
Mungkin kau bukan Adamku
Mungkin kita hanya ditakdirkan cuma untuk bersahabat
Hikmah itu ada mungkin aku yang belum celik
Kamu, berbahagialah
Hanya itu yang aku mahu
Dan doakan aku juga bahagia
Till then,
LotsOfLove from Me