Hello there! I am AzieMuhamad, the webmiss of this almost 6 years old site. 25 something. I love freedom. Blogger since '2008'. Nature lover. Love photography . Born to write. Feel free to follow and drop comments. Hello and nice to meet you!





me and we're friends!

WINDOW CHAT




Create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!
"





GFC CODE HERE, OR...

FRIEND FRIEND FRIEND FRIEND FRIEND FRIEND FRIEND FRIEND FRIEND FRIEND FRIEND FRIEND FRIEND FRIEND


These are my followers! Click the button at the top right corner of this page to follow me.




© AZIEDALOVER.BLOGSPOT.COM 1 2 3 4 5 6 7




Kehilangan
Tuesday, April 29, 2014 0 comments

Sepanjang saya hidup banyak perkara yang saya buat dan saya rasa menyesal. Lumrah hidup kan. Walau setinggi mana pun harapan saya agar masa yang lalu dapat kembali, saya tahu semua tu tak akan tertunai. Kita hidup ada peraturannya. Ada sebab mengapa Tuhan tidak membenarkan kita kembali ke masa silam yang telah kita lalui semata-mata untuk membetulkan kesilapan yang telah kita lakukan. Dengan sebab inilah adanya TAUBAT. Kita manusia. Kita bukan maksum. Kita memang tak akan terlepas dari melakukan kesalahan, lakukan dosa.


ALLAH dah berfirman dalam surah Al-Asr: "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. KECUALI orang-orang yang beiman dan beramal soleh serta saling berpesan (menasihati) untuk kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran" [Al-Asr : 1-3]


Bila baca terjemahan Surah Al-Asr ni barulah saya sedar betapa ruginya saya selama ni. Saya terfikir berapa banyak sangatlah kebaikan yang dah saya buat selama saya berdiri atas bumi ALLAH ni. Dan berapa ganda dah dosa yang saya buat selama ni. Allahu... berdosanya saya. (T____T)

Baru-baru ni saya diuji dengan kehilangan. Kehilangan orang yang paling saya tak mahu dia pergi. Orang yang saya nak dia sentiasa ada disisi saya. Dia pergi disaat saya ingin berhijrah ke arah yang lebih baik, saat saya amat memerlukan sokongan dan semangat daripadanya. Tapi tidak ada yang boleh menghalang tugas Izrael. Sudah tertulis di Loh Mahfuz yang usianya setakat itu saja. Saya kehilangan Ummi tercinta. Saat itu saya rasa segalanya kabur. Macam mana saya nak teruskan hidup. Saya baru nak bertatih, mendekatkan diri dengan Al-Quran. Ummi adalah guru saya. Dia tak pernah jemu mengajak saya yang degil ni. Saat melihat kelam-kabutnya si nurse memanggil-manggil ummi saya dah tersedu. Saya seakan dapat mengagak apa yang berlaku. Bila doktor masuk, kami disuruh keluar. Badan saya terketar-ketar. Abah.... ayat abah menambahkan lagi sendu "Ummi mungkin dah tak ada." Abah peluk bahu Alia dan saya genggam tangan abah. Wajah doktor mengiyakan segala telahan. Ummi sudah pergi. Ummi sudah kembali kepada pencipta-Nya. Mulut saya tak henti istighfar. Mengharapkan kekuatan dari ALLAH dan agar dijauhkan dari segala bisikan syaitan. Selepas called makcik di Kerteh, saya terduduk di kaki lima wad. Sendu saya makin kuat. Hati saya menangis. Hati saya tak putus memanggil ummi. Macam-macam bermain di fikiran. Banyaknya dosa saya dengan ummi, adakah diampunkan. Adakah saya mendapat redha daripada seorang ibu?


Ya ALLAH segala puji hanyalah untuk-Mu. Pemergian ummi sungguh luar biasa. Terlalu ramai yang datang menziarahi. Rumah penuh dengan saudara dan sahabat handai yang datang melawat. Terlalu penuh sampai tak muat. Saat solat jenazah ditunaikan juga ramai yang turut serta. Saya rasa bonda saya terlalu istimewa di mata teman-temannya. Saya? Alhamdulillah, ALLAH mengurniakan kekuatan yang luar biasa. Saya masih mampu tersenyum menyambut mereka yang menziarah. Andai ALLAH tidak mengurniakan kekuatan itu pasti saya hanya duduk di tepi dinding dan menangis. Alhamdulillah urusan jenazah berjalan dengan lancar. Sebelum zohor segalanya selesai. Segalanya macam mimpi. Tak percaya ummi dah pergi. Itulah sebenarnya. Amat berat untuk mengiyakan takdir yang satu itu. Rasa seperti saya sudah tak punya sesiapa. Selepas zohor say tertidur. Tidur yang saya mengharapkan hadirnya ummi dalam mimpi. Tidur dengan linangan airmata. Sebelum  Asar saya terkejut. Segalanya kelam, kosong. Hanya mereka yang melalui dan ada pengalaman saja yang mungkin faham. Selesai solat Asar, selepas membaca doa, saya tewas. Terasa sangat lemah dan tak mampu melakukan apa-apa. Airmata mengalir tak putus-putus. Atas sejadah tu saya teresak-esak. ALLAH saja tahu betapa lemahnya, betapa rapuhnya, betapa tak berdayanya saya saat itu. Sampai sekarang pun saya masih tak mampu duduk di rumah sorang-sorang. Perasaan hiba itu terlalu kuat untuk saya tepis. Segenap ruang rumah dipenuhi dengan bayang Ummi. 


Hingga saat ini saya seperti masih tak percaya yang ummi dah pergi meninggalkan kami. Tapi saya redha dengan ketentuan ALLAH. Setiap yang hidup itu pasti akan merasai mati. Bila saya susun kembali semua yang berlaku, terlalu banyak hikmah yang ALLAH berikan kepada kami sekeluarga. Ummi sakit tak lama. Oh, Ummi was diagnose with breast cancer. Bila dah tau pun memang sel kanser tu dah merebak ke seluruh badan. Ummi mula sakit sejak pertengahan bulan Disember. Itu pun lepas majlis khatam quran. Alhamdulillah, ALLAH memberi peluang kepada ummi. Bermula dengan batuk yang henti-henti. Kawan-kawan mengaji ummi pelik kenapa ummi lama tak datang mengaji. Ummi cuma khabarkan yang ummi batuk sahaja. Itulah ummi saya, Dia tak mahu merisaukan kawan-kawannya.Saya rasa perjalanan hidup ummi sangat indah. Hidupnya cuma di rumah, di masjid dan kelas mengaji. Saya tidak perlu memandang ke luar rumah untuk melihat contoh yang baik. Semuanya tersedia di depan mata. Tapi saya lalai dengan hasutan syaitan. Saya alpa dengan dunia saya sendiri hinggalah saat saya tersedar dan waktu itu ALLAH telah menarik satu nikmatNya dari saya iaitu keberkatan doa seorang ibu.


Apa yang membuat saya bersyukur ialah ALLAH masih lagi mengasihi saya dengan membenarkan saya berada di sisi ummi saat dia memerlukan saya. Ya Rabb masih memberi saya peluang untuk berada di sisi ummi saat dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang itu masih lagi memberi saya peluang untuk melunaskan tanggungjawab saya sebagai seorang anak dalam menyempurnakan perjalanan terakhir ummi menuju ke alam barzakh. Saya amat bersyukur dengan segala kesempatan yang ALLAH berikan kepada saya. Terima kasih Ya ALLAH di atas segala kurniaan-Mu. Tiada siapa pun yang dapat menghalang kehendakMu bila Engkau berkehendak ke atas sesuatu.


Andai cerita singkat mengenai secebis perjalanan hidup saya ini buat anda menangis, saya mohon maaf sangat. Bukan niat saya untuk buat anda menangis. Bukan niat saya untuk menagih simpati. Apa yang saya harapkan jika terselit sedikit pengajaran dari kisah ini, ambil lah ia sebagai pedoman. Kehilangan itu memang tak mudah untuk dihadapi tapi selagi hidup selagi itu kita wajib percaya dengan ketentuan Yang Esa. Buat anda yang masih punyai ibu bapa, orang-orang tersayang, hargailah dan cintailah mereka. Kita tak dapat mentafsir apa yang berlaku pada esok hari. Buat anda yang telah melalui episod kehilangan, kita berkongsi rasa yang sama. Namun percayalah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Cepat atau lewat pasti kita akan menyedarinya.


"Jangan sesekali menyesali apa yang berlaku kepada kita. Anggaplah ia penghargaan atau pengajaran daripada Tuhan yang sayangkan kita. Sesungguhnya, perancangan ALLAH itu tidak ada yang sia-sia untuk hamba-hambaNya."









Till then, 
LotsOfLove from Me




« old » new