Hati, organ badan yang tersangat degil
Memang tak suka dengar cakap tuan dia
Suka sangat menyibuk dalam hal-hal yang tak patut
Suka berlagak kebal walaupun tak kebal mana
Suka sangat lompat tinggi-tinggi tanpa hiraukan perasaan gerun tuan punya badan
Lompat tinggi-tinggi dan selalu salah landing dan cedera teruk
Tapi masih tak serik-serik
Alahai hati,
Tolong lah dengar cakap saya kali ni
Jangan lompat tinggi-tinggi sangat
Tak ada orang yang nak sambut bila awak salah landing
Bila awak salah landing dan jatuh tergolek macam nangka busuk
Saya yang tanggung sakit pedih luka semua tu
Please be extreamly careful ye cik hati
Saya dah tak ada plaster nak tampal luka awak tu
Cukupla parut-parut degil yang ada tu
Jangan nak tambah lagi ya
Tak sanggup dah nak tenyeh minyak gamat, minyak afiat segala bagai tu
Pedih tak terkata oooooii!!!
Tolong ye cik hati yang disayangi selalu
Dengar cakap tuan awak ni
No more lompat tinggi-tinggi lepas ni
Bila saya dah jumpa tempat landing yang selamat tuk awak barulah awak lompat semula
Nak lompat setinggi langit pun takpe
Tak pun kita tunggu bila ada doktor yang sanggup nak rawat awak tak kira berapa kali awak jatuh dan cedera pun
But, in the meantime, please behave!!!
Labels: byAzieMuhamad, from heart to heart, puisi, sajak