Hello there! I am AzieMuhamad, the webmiss of this almost 6 years old site. 25 something. I love freedom. Blogger since '2008'. Nature lover. Love photography . Born to write. Feel free to follow and drop comments. Hello and nice to meet you!





me and we're friends!

WINDOW CHAT




Create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!
"





GFC CODE HERE, OR...

FRIEND FRIEND FRIEND FRIEND FRIEND FRIEND FRIEND FRIEND FRIEND FRIEND FRIEND FRIEND FRIEND FRIEND


These are my followers! Click the button at the top right corner of this page to follow me.




© AZIEDALOVER.BLOGSPOT.COM 1 2 3 4 5 6 7




Salam
Wednesday, March 27, 2019 0 comments

Assalamualaikum...

It's been a long time since my last post. In fact, this blog has been forgotten by its owner. However, something happened and remind me about this blog. Looking back my older post makes me want to write again. It's okay if nobody reads it. Writing is an escapism for me. It makes me feel free. 


Till then, 
LotsOfLove from Me


Hati
Saturday, December 13, 2014 0 comments

Hati, organ badan yang tersangat degil
Memang tak suka dengar cakap tuan dia
Suka sangat menyibuk dalam hal-hal yang tak patut
Suka berlagak kebal walaupun tak kebal mana

Suka sangat lompat tinggi-tinggi tanpa hiraukan perasaan gerun tuan punya badan
Lompat tinggi-tinggi dan selalu salah landing dan cedera teruk
Tapi masih tak serik-serik

Alahai hati,
Tolong lah dengar cakap saya kali ni
Jangan lompat tinggi-tinggi sangat
Tak ada orang yang nak sambut bila awak salah landing
Bila awak salah landing dan jatuh tergolek macam nangka busuk
Saya yang tanggung sakit pedih luka semua tu

Please be extreamly careful ye cik hati
Saya dah tak ada plaster nak tampal luka awak tu
Cukupla parut-parut degil yang ada tu
Jangan nak tambah lagi ya
Tak sanggup dah nak tenyeh minyak gamat, minyak afiat segala bagai tu
Pedih tak terkata oooooii!!!

Tolong ye cik hati yang disayangi selalu
Dengar cakap tuan awak ni
No more lompat tinggi-tinggi lepas ni
Bila saya dah jumpa tempat landing yang selamat tuk awak barulah awak lompat semula
Nak lompat setinggi langit pun takpe
Tak pun kita tunggu bila ada doktor yang sanggup nak rawat awak tak kira berapa kali awak jatuh dan cedera pun
But, in the meantime, please behave!!!

Labels: , , ,


Tough Little Sister
Sunday, August 17, 2014 0 comments

Semalam Mia demam. 
Out of nowhere, she asked Alia to bring her to "Ummi's". I freeze for a while. She never ask us to bring her to "Ummi's"
I asked her "Mia, rindu Ummi ke?" She just smiled back to me and I saw her eyes. 
Her eyes, I just can't describe it but I knew what it meant.

Mia, I don't know how she deals with this.
she's only 9 years old.
she always show her smile and her cheekiness to her brothers and sisters
and she rarely talks about Ummi.

Sometimes I wonder how can I take care of her.
Can I love her like Ummi loved her,
Can I teach her like Ummi taught her,  
Can I always be by her her side like Ummi did,
Can I be a good sister to her,
Can I?




Ramadhan 1435
Saturday, July 12, 2014 0 comments

First Ramadhan without her. The loved ones and only, my beloved Ummi. And Ramadhan won't be the same any more. Oh Allah, I miss her so much. I want to meet her again even just in my dream. 

Actually I'm still struggling with my life. I may smile to you but I always cry deep inside. It is so hard to live without your loved ones. It such a big adjustment to my life. However, I keep trying to be strong. I know I need  to stay strong. I still have Abah and siblings. I need to be strong for them. 



Till then, 
LotsOfLove from Me


Thanks to all
Saturday, May 3, 2014 0 comments














Till then, 
LotsOfLove from Me


Life Adjustment
0 comments

Hidup selepas satu episod kehilangan memang susah yang bayangkan. Segalanya tak terurus. Yalah kan, dulu sentiasa ada Ummi untuk membantu, menegur. Sekarang kena pandai-pandai sendiri. Mahu tak mahu tetap kena belajar. Semalam genap 3 bulan Ummi meninggalkan kami di alam fana ini. And we still adjusting our life. I'm trying so hard to life like before but it s so hard. Life become too hectic. Bayangkan, Ummi pergi ketika saya baru 2 hari melaporkan diri sebagai seorang guru. Ketika itu pastilah saya sedang cuba menyesuaikan diri dengan tempat baru. Saya memerlukan seseorang untuk saya bercerita mengenai hari-hari yang saya lalui di tempat saya mencari rezeki. Kuasa ALLAH tiada tandingan. Di saat saya perlukan Ummi (saya memang akan memerlukan Ummi sampai bila-bila) ALLAH memanggil Ummi. I love Ummi and ALLAH loves her more. I can't denied that. HE knows what goods for us because HE is THE ALMIGHTY.

Life adjustment is not easy. Segalanya atas diri sendiri. Susah ke senang ke, I must learn, I must do it. Thats it. No compromise. Hal rumahtangga, hal kerja saya memang kena divide betul-betul. But most of the time works conquer all my time. Awal-awal dulu ok lagi. Kerja tak banyak sangat. Masuk bulan kedua jadi cikgu (students call me Muallimah =]) semua dah berubah. Too much work to do. Jangan ingat jadi cikgu tugasnya hanya mengajar. Pembentukan sahsiah murid juga perlu dijaga. Itulah yang utama. Susah senang jadi guru hanya seorang guru yang dapat rasa. Bukan saya nak defend guru, saya tahu kita manusia tak maksum. Semua orang ada salah silapnya. Tapi cuma mohon pengertian dari masyarakat. Fahamilah tugas kami sebagai guru.

Dalam kesibukan itu, Alhamdulillah, ALLAH kirimkan ramai sahabat buat saya. Kami baru kenal tapi macam dah bertahun-tahun kenal. To Aimuni, Hana, Akma and Shiha, thanks a lot for being my friends. Dengan mereka saya tak malu untuk meluahkan apa saja. Mereka sangat supportive. I'm lucky to have them as a friends. Mereka faham keadaan saya dan banyak bagi sokongan yang kawan baik saya yang selama bertahun-tahun pun tak bagi. Life is like that. People come and go in your life. 

Kadang-kadang saya rasa terkilan. Mana pergi kawan-kawan saya yang sama-sama berjanji untuk saling membantu dan menyokong antara satu sama lain. Di saat saya sangat-sangat perlukan sokongan untuk bangun semula, mereka lenyap. Saya dapat satu pengajaran dari situ. I must be independent. Kadang-kadang kawan baik pun boleh memalingkan muka dari kita tanpa sebab. Sekarang saya tak nak sesakkan kepala yang dah sesak ni dengan masalah-masalah macam ni. Kalau orang nak berkawan dengan saya silakan, kalau tak tak apa la. Saya hanya mahu berkawan dengan yang sudi sahaja. Mungkin saya tak menepati kriteria sebagai seorang kawan kot. Kepada kawan-kawan yang sudi singgah dalam hidup saya, terima kasih banyak-banyak. Kalian banyak mewarnai kehidupan saya. Maaf andai selama kita berkawan saya banyak buat kalian terluka secara sengaja atau tidak. Saya mohon sepuluh jari, setulus hati memohon maaf dari kalian. Episod kisah persabahatan kita, Insyaallah tak akan saya lupakan. Tanpa kalian hidup saya mungkin tak seindah warna pelangi. Terima kasih sahabat semua. 







Till then, 
LotsOfLove from Me


Kehilangan
Tuesday, April 29, 2014 0 comments

Sepanjang saya hidup banyak perkara yang saya buat dan saya rasa menyesal. Lumrah hidup kan. Walau setinggi mana pun harapan saya agar masa yang lalu dapat kembali, saya tahu semua tu tak akan tertunai. Kita hidup ada peraturannya. Ada sebab mengapa Tuhan tidak membenarkan kita kembali ke masa silam yang telah kita lalui semata-mata untuk membetulkan kesilapan yang telah kita lakukan. Dengan sebab inilah adanya TAUBAT. Kita manusia. Kita bukan maksum. Kita memang tak akan terlepas dari melakukan kesalahan, lakukan dosa.


ALLAH dah berfirman dalam surah Al-Asr: "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. KECUALI orang-orang yang beiman dan beramal soleh serta saling berpesan (menasihati) untuk kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran" [Al-Asr : 1-3]


Bila baca terjemahan Surah Al-Asr ni barulah saya sedar betapa ruginya saya selama ni. Saya terfikir berapa banyak sangatlah kebaikan yang dah saya buat selama saya berdiri atas bumi ALLAH ni. Dan berapa ganda dah dosa yang saya buat selama ni. Allahu... berdosanya saya. (T____T)

Baru-baru ni saya diuji dengan kehilangan. Kehilangan orang yang paling saya tak mahu dia pergi. Orang yang saya nak dia sentiasa ada disisi saya. Dia pergi disaat saya ingin berhijrah ke arah yang lebih baik, saat saya amat memerlukan sokongan dan semangat daripadanya. Tapi tidak ada yang boleh menghalang tugas Izrael. Sudah tertulis di Loh Mahfuz yang usianya setakat itu saja. Saya kehilangan Ummi tercinta. Saat itu saya rasa segalanya kabur. Macam mana saya nak teruskan hidup. Saya baru nak bertatih, mendekatkan diri dengan Al-Quran. Ummi adalah guru saya. Dia tak pernah jemu mengajak saya yang degil ni. Saat melihat kelam-kabutnya si nurse memanggil-manggil ummi saya dah tersedu. Saya seakan dapat mengagak apa yang berlaku. Bila doktor masuk, kami disuruh keluar. Badan saya terketar-ketar. Abah.... ayat abah menambahkan lagi sendu "Ummi mungkin dah tak ada." Abah peluk bahu Alia dan saya genggam tangan abah. Wajah doktor mengiyakan segala telahan. Ummi sudah pergi. Ummi sudah kembali kepada pencipta-Nya. Mulut saya tak henti istighfar. Mengharapkan kekuatan dari ALLAH dan agar dijauhkan dari segala bisikan syaitan. Selepas called makcik di Kerteh, saya terduduk di kaki lima wad. Sendu saya makin kuat. Hati saya menangis. Hati saya tak putus memanggil ummi. Macam-macam bermain di fikiran. Banyaknya dosa saya dengan ummi, adakah diampunkan. Adakah saya mendapat redha daripada seorang ibu?


Ya ALLAH segala puji hanyalah untuk-Mu. Pemergian ummi sungguh luar biasa. Terlalu ramai yang datang menziarahi. Rumah penuh dengan saudara dan sahabat handai yang datang melawat. Terlalu penuh sampai tak muat. Saat solat jenazah ditunaikan juga ramai yang turut serta. Saya rasa bonda saya terlalu istimewa di mata teman-temannya. Saya? Alhamdulillah, ALLAH mengurniakan kekuatan yang luar biasa. Saya masih mampu tersenyum menyambut mereka yang menziarah. Andai ALLAH tidak mengurniakan kekuatan itu pasti saya hanya duduk di tepi dinding dan menangis. Alhamdulillah urusan jenazah berjalan dengan lancar. Sebelum zohor segalanya selesai. Segalanya macam mimpi. Tak percaya ummi dah pergi. Itulah sebenarnya. Amat berat untuk mengiyakan takdir yang satu itu. Rasa seperti saya sudah tak punya sesiapa. Selepas zohor say tertidur. Tidur yang saya mengharapkan hadirnya ummi dalam mimpi. Tidur dengan linangan airmata. Sebelum  Asar saya terkejut. Segalanya kelam, kosong. Hanya mereka yang melalui dan ada pengalaman saja yang mungkin faham. Selesai solat Asar, selepas membaca doa, saya tewas. Terasa sangat lemah dan tak mampu melakukan apa-apa. Airmata mengalir tak putus-putus. Atas sejadah tu saya teresak-esak. ALLAH saja tahu betapa lemahnya, betapa rapuhnya, betapa tak berdayanya saya saat itu. Sampai sekarang pun saya masih tak mampu duduk di rumah sorang-sorang. Perasaan hiba itu terlalu kuat untuk saya tepis. Segenap ruang rumah dipenuhi dengan bayang Ummi. 


Hingga saat ini saya seperti masih tak percaya yang ummi dah pergi meninggalkan kami. Tapi saya redha dengan ketentuan ALLAH. Setiap yang hidup itu pasti akan merasai mati. Bila saya susun kembali semua yang berlaku, terlalu banyak hikmah yang ALLAH berikan kepada kami sekeluarga. Ummi sakit tak lama. Oh, Ummi was diagnose with breast cancer. Bila dah tau pun memang sel kanser tu dah merebak ke seluruh badan. Ummi mula sakit sejak pertengahan bulan Disember. Itu pun lepas majlis khatam quran. Alhamdulillah, ALLAH memberi peluang kepada ummi. Bermula dengan batuk yang henti-henti. Kawan-kawan mengaji ummi pelik kenapa ummi lama tak datang mengaji. Ummi cuma khabarkan yang ummi batuk sahaja. Itulah ummi saya, Dia tak mahu merisaukan kawan-kawannya.Saya rasa perjalanan hidup ummi sangat indah. Hidupnya cuma di rumah, di masjid dan kelas mengaji. Saya tidak perlu memandang ke luar rumah untuk melihat contoh yang baik. Semuanya tersedia di depan mata. Tapi saya lalai dengan hasutan syaitan. Saya alpa dengan dunia saya sendiri hinggalah saat saya tersedar dan waktu itu ALLAH telah menarik satu nikmatNya dari saya iaitu keberkatan doa seorang ibu.


Apa yang membuat saya bersyukur ialah ALLAH masih lagi mengasihi saya dengan membenarkan saya berada di sisi ummi saat dia memerlukan saya. Ya Rabb masih memberi saya peluang untuk berada di sisi ummi saat dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang itu masih lagi memberi saya peluang untuk melunaskan tanggungjawab saya sebagai seorang anak dalam menyempurnakan perjalanan terakhir ummi menuju ke alam barzakh. Saya amat bersyukur dengan segala kesempatan yang ALLAH berikan kepada saya. Terima kasih Ya ALLAH di atas segala kurniaan-Mu. Tiada siapa pun yang dapat menghalang kehendakMu bila Engkau berkehendak ke atas sesuatu.


Andai cerita singkat mengenai secebis perjalanan hidup saya ini buat anda menangis, saya mohon maaf sangat. Bukan niat saya untuk buat anda menangis. Bukan niat saya untuk menagih simpati. Apa yang saya harapkan jika terselit sedikit pengajaran dari kisah ini, ambil lah ia sebagai pedoman. Kehilangan itu memang tak mudah untuk dihadapi tapi selagi hidup selagi itu kita wajib percaya dengan ketentuan Yang Esa. Buat anda yang masih punyai ibu bapa, orang-orang tersayang, hargailah dan cintailah mereka. Kita tak dapat mentafsir apa yang berlaku pada esok hari. Buat anda yang telah melalui episod kehilangan, kita berkongsi rasa yang sama. Namun percayalah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Cepat atau lewat pasti kita akan menyedarinya.


"Jangan sesekali menyesali apa yang berlaku kepada kita. Anggaplah ia penghargaan atau pengajaran daripada Tuhan yang sayangkan kita. Sesungguhnya, perancangan ALLAH itu tidak ada yang sia-sia untuk hamba-hambaNya."









Till then, 
LotsOfLove from Me


Tuhan, aku rindu
Sunday, April 27, 2014 1 comments

Terlalu merindui senyum tawanya
Rindu bebelannya
Rindu gurau sendanya
Rindu nasihatnya yang tak putus-putus
Rindu alunan bacaan kalam sucinya

Ya Allah, aku terlalu merinduinya
Ya Allah, temukanlah aku dengannya walau hanya dalam mimpi
Walau hanya cuma seketika
Aku rindu renungan kasihnya

Ummi, sungguh aku cinta
sungguh aku sayang padamu
sungguh aku kasih padamu
Tidak pernah berbelah-belah bagi

Ummi, tenanglah
damailah kau di sisi Maha Pencipta sekalian manusia
Aku redha dan pasrah atas pemergianmu
Aku tahu pemergianmu menghidupkan banyak jiwa
terutamanya aku dalam mencari redha Yang Esa





Till then, 
LotsOfLove from Me


sometime
0 comments

Sometimes I just want to close my eyes and enjoy the moment.
Kalaulah semudah itu kan.



Till then, 
LotsOfLove from Me


Please
Saturday, April 26, 2014 0 comments

Please, don't take one step closer to me when I already give up on you,
cause I maybe hurt you more than you can handle
Please, just stay away.
Just look at me from far because I don't ever want to hurt you

As I taken a step to close our story
You just became a stranger with memories to me
'Be a friend' is not the right quote
'Completely forget me' is the right quote, I guess



Till then, 
LotsOfLove from Me




« old