Ku ingin berlari
Berlari dan terus berlari
Tanpa menghela nafas penat
Ku ingin berjalan
Berjalan tanpa meninggalkan jejak
Biar jejak ku itu hilang ditelan kabus
Aku mahu terbang
Terbang bebas di udara
Persis seekor burung di awanan putih
Aku mahu berenang
Berenang tanpa lemas
Seperti ikan di lautan biru
Namun semua itu mustahil bagiku
Yang ada hanya seorang aku disini
Tetaplah aku disini
Yang hanya mampu merangkak
Setapak demi setapak
Untuk menuju ke hari muka….
Berlari dan terus berlari
Tanpa menghela nafas penat
Ku ingin berjalan
Berjalan tanpa meninggalkan jejak
Biar jejak ku itu hilang ditelan kabus
Aku mahu terbang
Terbang bebas di udara
Persis seekor burung di awanan putih
Aku mahu berenang
Berenang tanpa lemas
Seperti ikan di lautan biru
Namun semua itu mustahil bagiku
Yang ada hanya seorang aku disini
Tetaplah aku disini
Yang hanya mampu merangkak
Setapak demi setapak
Untuk menuju ke hari muka….