#1

Cinta pandang pertamakah ini...
Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pul
a tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?
=A= katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya
=B= rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu
=C= kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia
=D= segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar
Jaja telah memilih =C= sebagai jawapan
cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala ‘peraturan hati’ yang selama ini aku junjung!
Jaja & Din,
dua insan,
dua dunia yang berbeza,
seorang Media Planner,
seorang Ustaz lulusan Al-Azhar
tapi hanya dengan sekeping gambar,
Jaja terpaut,
siapakah pemilik gambar tersebut
Jaja gelarkannya Ustaz M
M untuk misteri
Din,
mahukan hidup yang zuhud,
matlamatnya hanya satu
berjuang untuk agamanya
takdir ALLAH tak siapa mampu melawan
ternyata Jaja ialah tulang rusuk Din yang hilang selama ini
Jaja bahagia walaupun tidur beralaskan tilam buruk
Jaja bahagia walaupun hanya makan nasi berlaukkan ikan bilis
segala kemewahan tidak lagi menjadi ukuran
bak kata Jaja "Jaja sayangkan Din."
Din,
seruan perjuangan telah tiba
pergilah Din tinggalkan Jaja
tinggalkan Umar putera mereka
yang baru berusia 3 hari
Jaja menanti dan terus menanti
datang berita suaminya syahid di perbatasan
hanya cincin tanda mereka disatukan yang ditemui
tapi Jaja tak putus harapan
doanya tidak putus-putus agar Din kembali
disaat Jaja mahu tutup buku
tenyata ALLAh punya caturan lain untuknya
berkat doa yang tidak henti-henti
Din kembali
Din terselamat daripadan peristiwa letupan itu
kata Din"saya sayangkan Faiza"
Jaja ialah kekuatan Din
Jaja ialah semangat Din
Di malam raya, dalam seruan takbir
mereka kembali bersatu
inilah kisah Jaja meminang Din
dengarlah cerita Jaja tentang Din
dengarlah cerita Jaja tentang Din
"kebahagiaan bukan sepertimana yang orang lihat tapi, sebagaimana yang kita rasa"